Garis panduan acara dan pertandingan komuniti Supercell

Tarikh Berkuat Kuasa: 12 Oktober 2017

Ingin menganjurkan acara dan/atau pertandingan di sekitar permainan Supercell? Kami di sini untuk membantu! Matlamat kami adalah untuk membantu anda membuat acara dan pertandingan anda seronok, adil dan tanpa kerisauan untuk semua orang. Kami telah menggariskan Garis Panduan Acara dan Pertandingan Komuniti ("Garis Panduan") untuk membuatkannya mudah difahami. Semudah memasak pai dalam ketuhar gelombang mikro!

Sekiranya anda merancang untuk mengadakan dan menganjurkan pertandingan dalam permainan dengan menggunakan item dalam permainan sebagai ganjaran seperti mod pertandingan Clash Royale ("Pertandingan") dan/atau acara yang TIDAK termasuk pertandingan dengan item dalam permainan sebagai ganjaran, termasuk sebarang perjumpaan peminat (tergolong sebagai "Acara"), sila mematuhi yang berikut:

PERATURAN-PERATURAN AM

  • Supercell Oy ("Supercell") bertanggungjawab bagi permainannya tetapi, penganjur bertanggungjawab bagi Acara dan/atau Pertandingan mereka.  Justeru itu, anda tidak boleh katakan Acara dan/atau Pertandingan itu "rasmi" atau menyatakan Supercell terlibat, bertanggungjawab atau menyokong Acara atau Pertandingan anda atau sebarang hadiah yang diberikan. 
  • Sebagai penganjur, pastikan Acara atau Pertandingan anda sah mengikut undang-undang dan peraturan tempatan.
  • Untuk menganjurkan atau bermain dalam Acara atau Pertandingan, anda mestilah cukup umur untuk bersaing atau menganjur dengan mengikut peraturan & keperluan tempatan – ini undang-undang.
  • Anda boleh merakam atau menstrim Acara atau Pertandingan anda pada sebarang platform dalam talian, tetapi anda tidak boleh menyiarkannya di televisyen.
  • Sekiranya anda merancang untuk mengambil gambar atau merakam video Acara atau Pertandingan dan memaparkannya, anda perlu memaklumkan para hadirin yang rakaman akan dijalankan dan mendapat persetujuan relevan dari para hadirin untuk penggunaan rakaman itu. PERHATIAN: anda tidak boleh menyiarkan mana-mana bahan rakaman di televisyen.
  • Anda tidak boleh mengenakan bayaran kepada orang yang menonton strim Pertandingan atau Acara anda.
  • Pertandingan dan Acara sepatutnya menyeronokkan dan mengalakkan penglibatan; pemenang mesti ditentukan berdasarkan kemahiran. Apa jua pemadanan perlawanan dan/atau aktiviti tidak jujur yang serupa adalah dilarang secara tegas!
  • Anda boleh menggunakan seni lukis dan logo permainan Pertandingan/Acara yang kami bekalkan, tetapi anda tidak boleh mengubahnya.  Penggunaan tanda dagangan, hak cipta dan logo Supercell adalah tertakluk kepada terma Dasar Kandungan Peminat Supercell (http://supercell.com/fan-content-policy).
  • Pertandingan atau Acara anda tidak boleh mempromosi syarikat permainan lain, alkohol, rokok, dadah, pornografi, senjata, perjudian atau syarikat atau perkhidmatan yang bertindak bertentangan dengan kepentingan Supercell.
  • Supercell mungkin akan mempromosikan Pertandingan atau Acara anda, atau menggunakan keputusan Pertandingan anda untuk melayakkan pemain bagi acara pertandingan rasmi dan aktiviti pemasaran Supercell.
  • Terma Perkhidmatan Supercell (http://supercell.com/en/terms-of-service/), Dasar Privasi (http://supercell.com/en/privacy-policy/) dan Dasar Kandungan Peminat (http://supercell.com/fan-content-policy) dikenakan terhadap semua Pertandingan dan Acara.
  • Kami mahukan Pertandingan dan Acara yang adil dan menyeronokkan.  Kami akan mengambil tindakan sewajarnya, termasuk menggantung atau membatalkan Pertandingan dan Acara jika perlu.

PERTANDINGAN DALAM PERMAINAN DENGAN ITEM DALAM APLIKASI SEBAGAI GANJARAN

  • Yuran penyertaan untuk semua pertandingan mestilah percuma – tiada pengecualian!
  • Anda hanya boleh menawarkan item dalam permainan yang dibenarkan sebagai ganjaran kepada peserta – maksudnya tiada ganjaran wang tunai atau barang niaga!

ACARA DI TAPAK DAN PERTANDINGAN PERMAINAN SUPERCELL LAIN

  • Yuran penyertaan semua Acara mestilah percuma – tiada pengecualian! Ini termasuk yuran keahlian atau pas bermusim. Jika anda menganjurkan acara langsung, anda hanya boleh mengenakan yuran kemasukan untuk tempat itu sahaja dan bukan pertandingan.
  • Anda bertanggungjawab memberikan semua hadiah untuk Acara anda. Anda tidak boleh minta hadirin membiayai hadiah.  Nilai maksimum hadiah (tunai, barang niaga dll...) ialah US$10,000.
  • Perhatian: anda boleh menawarkan item dalam permainan atau tunai / setara tunai, tetapi bukan kedua-duanya.

PERTIMBANGAN TERAKHIR

  • Jika Cabaran atau Pertandingan anda memenuhi Garis Panduan Pertandingan ini, anda tidak memerlukan lesen atau kebenaran lain daripada Supercell.  Jika tidak, sila hubungi kami di  tournaments@supercell.com untuk melihat sama ada kita boleh bekerjasama.
  • Selain syarat-syarat ini, anda boleh mengadakan Pertandingan atau Acara mengikut suka hati anda! Format, peraturan dan hadiah pertandingan adalah terserah kepada anda, asalkan ia memenuhi Garis Panduan Pertandingan!
  • Anda bertanggungjawab untuk memastikan anda mematuhi semua undang-undang dan peraturan-peraturan tempatan. Kami tidak bertanggungjawab untuk mana-mana Acara atau Pertandingan dan anda mesti menjelaskan ini kepada semua yang akan hadir atau yang terlibat. Sila pastikan anda telah memaklumkan pihak berkuasa yang relevan mengenai Acara atau Pertandingan itu dan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa, pemilik lokasi dan pihak lain yang terlibat untuk mengadakannya.
  • Anda bertanggungjawab ke atas mana-mana liabiliti, kos atau kerosakan yang mungkin timbul dalam penganjuran Acara atau Pertandingan atau kegagalan untuk mematuhi garis panduan atau undang-undang. Supercell tidak akan bertanggungjawab terhadap Acara atau Pertandingan anda atau aktiviti anda yang berkaitan dengan Acara atau Pertandingan itu.

Ada soalan? Hubungi kami di  tournaments@supercell.com

Terima kasih dan berseronoklah!

Sila ambil perhatian bahawa Garis Panduan Pertandingan ini sentiasa berubah; ia mungkin dipinda pada bila-bila masa melalui penyiaran dalam talian, jadi sila semak semula di sini untuk kemas kini!