Panduan Ibu Bapa

Memandangkan anda berada di sini, kemungkinan besar anda atau seseorang yang anda sayangi telah memilih salah satu permainan kami demi keseronokan. Terima kasih! Kami berharap anda berasa seronok dengan permainan itu sama seperti kami yang menghasilkannya.

Oleh itu, anda mungkin mempunyai soalan tentang cara memastikan keselamatan anda atau anak-anak anda semasa bersambung ke permainan kami melalui peranti mudah alih anda. Had umur, pembelian dalam aplikasi dan privasi adalah antara perkara yang patut diambil berat dan kami ada di sini untuk memastikan anda mendapat sokongan yang diperlukan.

Kami berpegang pada prinsip yang jelas bagi memastikan anda menikmati permainan Supercell dalam persekitaran yang selamat dan terkawal. Prinsip-prinsip ini telah memberi kesan yang baik kepada kami serta pemain kami:

  1. Kami menghormati pemain kami dan kami berusaha sedaya upaya demi menghasilkan permainan yang paling menyeronokkan. Kami tidak akan pernah mengorbankan kualiti permainan untuk sebarang pertimbangan jangka pendek.
  2. Kami ingin anda menguasai sepenuhnya pengalaman anda dengan permainan Supercell. Itu bermakna, sebelum anda atau anak anda memuat turun permainan kami, anda harus menerima maklumat awal berkenaan kandungan permainan. Ini bermakna, anda sememangnya jelas apabila anda ingin membuat sebarang pembelian dalam permainan.
  3. Jika anda atau anak anda mempunyai sebarang masalah dengan permainan kami, anda seharusnya dapat mencari penyelesaian dengan cepat. Penyediaan panduan seperti ini akan membantu anda menghubungi syarikat yang betul bagi menyelesaikan masalah anda sama ada berkaitan pembayaran (biasanya Google atau Apple yang memproses pembelian dan pembayaran balik) atau permainan itu sendiri (biasanya kami).

Teruskan membaca sementara kami cuba menjawab soalan yang mungkin anda tanyakan. Jika kami tertinggal sesuatu, sila hantarkan e-mel kepada kami di parents@supercell.com. Pastikan e-mel anda mengandungi butiran khusus yang mungkin berguna seperti kejadian dan masa kejadian, resit ID transaksi, tangkapan skrin yang berkaitan dll.

Jika anda biasa dengan permainan kami, anda juga boleh menyemak halaman Sokongan untuk soalan berkenaan permainan atau peranti anda, atau halaman Forum untuk mendapatkan pelbagai maklumat yang dibina bersama komuniti pemain kami. Sumber tambahan tersedia dalam permainan anda dengan pergi ke Tetapan > Bantuan. Di sana, anda boleh membaca soalan lazim (FAQ), melayari forum atau melaporkan isu yang akan memasukkan beberapa maklumat asas permainan anda secara automatik ke dalam sistem. Maklumat ini akan membantu kami bertindak balas kepada anda dengan lebih baik.

Apakah had umur dan dasar umum bagi permainan Supercell?

Kesemua permainan kami dihasilkan dan ditawarkan kepada individu yang berumur sekurang-kurangnya 13 tahun. Anda boleh mendapatkan butiran lanjut di halaman Terma Perkhidmatan dan Dasar Privasi kami.

Sila ambil perhatian: Anda boleh mendapatkan cadangan umur yang diterbitkan dalam Google Play dan Apple App Store di iTunes. Walau bagaimanapun, umur atau klasifikasi kematangan ini hanya merujuk pada kandungan dalam permainan kami (sama seperti penilaian filem G, PG atau PG-13 di A.S. tetapi yang berkaitan dengan permainan, animasi dll.). Lawati laman web sokongan ini untuk Apple dan Google bagi mengetahui lebih lanjut tentang cara menentukan kategori-kategori ini.

Bagaimanakah saya boleh mengendalikan atau mematikan pembelian dalam aplikasi?

Semua permainan kami percuma untuk dimuat turun. Sila ambil perhatian bahawa permainan kami juga menawarkan pilihan “pembelian dalam aplikasi” sepenuhnya. Pembelian ini tidak diperlukan untuk bermain permainan ini tetapi boleh digunakan untuk mempertingkatkan beberapa unsur dalam permainan. Harga pembelian dalam aplikasi berbeza-beza. Sebagai contoh, julat harga di App Store A.S. ialah $0.99 hingga $99.99 (tanpa cukai).

Pembelian dalam aplikasi dibayar menggunakan wang sebenar dan sentiasa dilabel dengan jelas. Pembelian ini boleh diakses “dalam permainan”, bermakna pilihan untuk membuat pembelian boleh ditemui dalam permainan itu sendiri.

Penting: Anda boleh mengendalikan keupayaan untuk membuat pembelian dalam aplikasi dengan mudah, mengubah tetapan perlindungan kata laluan atau menyahdayakan sepenuhnya pembelian dalam aplikasi menerusi tetapan umum peranti mudah alih anda. Cara untuk melakukan perkara ini bergantung kepada sama ada anda menggunakan peranti Apple iOS seperti iPhone atau iPad ataupun peranti Google Android. Walau apa pun caranya, arahan yang anda perlukan ada di sini:

Tetapan dalam aplikasi peranti Apple iOS / Tetapan dalam aplikasi peranti Google Android

Siapakah yang memproses pembelian dalam aplikasi?

Di Supercell, kami tidak memproses pembayaran untuk pembelian dalam aplikasi atau mempunyai akses kepada sebarang maklumat kad kredit anda. Ini kerana transaksi pembayaran dilengkapkan melalui Apple App Store atau Google Play (bergantung pada peranti anda) melalui alamat e-mel peribadi anda yang berkaitan dengan akaun tersebut. Resit transaksi ini dihantar melalui e-mel kepada anda oleh Apple atau Google selepas setiap pembelian (walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa sebarang proses selepas pembelian dikawal oleh Apple atau Google dan tertakluk kepada perubahan daripada mereka).

Saya menemui laman lain yang menawarkan produk dalam permainan untuk permainan Supercell. Bolehkah saya membeli daripada mereka?

Berhati-hati dengan mana-mana laman pihak ketiga yang menjanjikan penambahan kepada permainan kami (seperti laman web “permata percuma” dll.). Laman ini mungkin mengumpul maklumat peribadi anda, wang atau kedua-duanya dan sering kali tidak menghantar produk permainan yang dijanjikan. Jika anda ingin membuat pembelian dalam permainan, cara paling selamat ialah hanya membuat pembelian melalui permainan itu sendiri pada peranti mudah alih anda. Menjual, menebus atau memperdagangkan mata wang maya dalam permainan tidak dibenarkan oleh Terma Perkhidmatan kami.

Anak saya telah membuat pembelian dalam aplikasi secara tidak sengaja. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan bayaran balik?

Seperti kebanyakan produk perisian yang boleh dimuat turun, item yang dibeli melalui permainan kami (pembelian dalam aplikasi) biasanya tidak boleh dikembalikan. Walau bagaimanapun, pengecualian boleh dibuat dalam beberapa situasi yang istimewa. Proses transaksi dikawal oleh Apple (untuk peranti iOS) atau Google (untuk peranti Android) dan kedua-dua syarikat ini mempunyai pasukan sokongan yang mengendalikan permintaan bayaran balik.

Untuk peranti Apple (iOS):
Lawati Sokongan Apple dan pilih pautan “Hubungi Sokongan iTunes Store” kemudian “Pembelian, pengebilan dan penebusan” dan pilih pilihan yang sesuai dengan anda.

Untuk peranti Google (Android):
Lawati Sokongan Google dan lakukan carian atau gunakan butang “Hubungi kami” dalam halaman (laman Bahasa Inggeris sahaja) untuk menghubungi wakil sokongan pelanggan Google melalui e-mel atau telefon.

Saya telah menerima bil untuk pembelian yang saya tidak lakukan. Apakah yang harus saya lakukan jika saya mengesyaki aktiviti penipuan?

Jika anda atau anak anda tidak pernah bermain salah satu permainan kami tetapi mengesyaki terdapat aktiviti penipuan transaksi dalam akaun anda, maka anda perlu segera menghubungi Apple (untuk peranti iOS) atau Google (untuk peranti Android) yang mengawal proses transaksi.

Untuk peranti Apple (iOS):
Lawati Sokongan Apple dan pilih pautan “Hubungi Sokongan iTunes Store” kemudian “Pembelian, pengebilan dan penebusan” dan pilih pilihan yang sesuai dengan anda.

Untuk peranti Google (Android):
Lawati Sokongan Google dan lakukan carian atau gunakan butang “Hubungi kami” dalam halaman (laman Bahasa Inggeris sahaja) untuk menghubungi wakil sokongan pelanggan Google melalui e-mel atau telefon.

Jika anda telah menghubungi Apple atau Google berkenaan aktiviti penipuan yang disyaki dan mereka telah menghantar isu anda kepada kami, sila hubungi kami di transactions@supercell.com. Pastikan butiran khusus seperti kejadian dan masa kejadian, resit ID transaksi, tangkapan skrin yang berkaitan dll. telah dimasukkan.

Pastikan anda juga membaca bahagian Isu Penipuan dengan teliti untuk mendapat maklumat lanjut mengenai aktiviti penipuan yang disyaki.

Apakah dasar privasi Supercell?

Privasi anda sentiasa menjadi keutamaan kami. Di Supercell, kami tidak mempunyai akses kepada sebarang maklumat kad kredit anda. Ini kerana transaksi pembayaran dilengkapkan melalui Apple App Store atau Google Play (bergantung pada peranti anda) melalui alamat e-mel peribadi anda yang berkaitan dengan akaun tersebut. Kami juga akan sentiasa meminta kebenaran anda untuk menghantar mesej pemasaran langsung ke peranti mudah alih anda.

Kami tidak akan menjual atau mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga untuk tujuan komersial mereka sendiri. Kami juga akan sentiasa meminta kebenaran anda untuk menghantar mesej pemasaran langsung ke peranti mudah alih anda.

Baca selanjutnya dalam Dasar Privasi kami.

Bagaimanakah saya boleh menghubungi Supercell?

Seperti yang kami katakan, kami sedia untuk membantu! Jika anda mempunyai sebarang soalan, hantarkan e-mel kepada kami di parents@supercell.com. Pastikan e-mel anda mengandungi butiran khusus yang mungkin berguna seperti kejadian dan masa kejadian, resit ID transaksi, tangkapan skrin yang berkaitan dll.

Jika anda biasa dengan permainan kami, anda juga boleh menyemak halaman Sokongan untuk soalan berkenaan permainan atau peranti anda, atau halaman Forum untuk mendapatkan pelbagai maklumat yang dibina bersama komuniti pemain kami. Sumber tambahan tersedia dalam permainan anda dengan pergi ke Tetapan > Bantuan. Di sana, anda boleh membaca soalan lazim (FAQ), melayari forum atau melaporkan isu yang akan memasukkan beberapa maklumat asas permainan anda secara automatik ke dalam sistem. Maklumat ini akan membantu kami bertindak balas kepada anda dengan lebih baik.

Apakah fungsi bual dalam permainan Supercell?

Ramai pemain kami gemar berinteraksi antara satu sama lain melalui bual kumpulan dalam permainan kami dan kami berusaha untuk mengekalkan persekitaran yang selamat serta terjamin untuk tujuan ini. Kami tidak mempunyai kemudahan bual persendirian dalam mana-mana permainan kami dan kami kerap memaparkan amaran terhadap perkongsian maklumat peribadi. Kami juga telah menghasilkan dan sentiasa mengemas kini ‘senarai hitam’ yang mengandungi kata-kata dan ungkapan kesat supaya semua ini boleh ditemui dengan cepat dan dibuang daripada semua bahagian permainan kami.

Jika terdapat sebarang masalah, permainan kami mengandungi alat penting kepada pemain untuk melaporkan sebarang kelakuan yang menyakitkan hati, menghina atau tidak bersesuaian kepada kami. Kami juga membolehkan pengguna menyenyapkan bual yang tidak ingin dilihat daripada mana-mana pemain.

Jika anda ingin melaporkan sebarang kebimbangan melalui e-mel, anda juga boleh menghubungi kami di parents@supercell.com. Sila pastikan e-mel anda mengandungi butiran khusus sebanyak yang mungkin bagi membantu kami memahami dan mengenal pasti masalah anda dengan cepat.

Terima kasih kerana membantu menjadikan permainan kami selamat dan menyeronokkan!

- Rakan anda di Supercell