POLISI PERMAINAN YANG SELAMAT DAN ADIL

Terima kasih atas minat anda dalam permainan yang selamat dan adil!

Kami menganggap penyediaan persekitaran permainan yang adil dan selamat sebagai perkara paling utama. Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini, kami tidak bertolak ansur dengan penipuan atau kelakuan kesat.
Sebarang akaun yang didapati terlibat dalam sebarang amalan yang disenaraikan di bawah akan menerima denda seperti pembatalan mata wang dalam permainan, penggantungan permainan sementara dan penutupan akaun permainan secara kekal.

Bantu kami wujudkan persekitaran permainan yang hebat, dan lindungi akaun dan peranti anda dengan mengingati perkara berikut semasa bermain:

BERMAIN CLASH DENGAN HORMAT!

KELAKUAN KESAT

Kita semua di sini untuk menikmati permainan bersama-sama. Kadang-kadang berlaku pertengkaran dengan rakan-rakan tentang kekalahan dalam pertempuran atau derbi. Itu tidak mengapa, tetapi berkelakuan kesat terhadap orang lain mengurangkan keseronokan dalam permainan.

Apabila berada dalam sebarang jenis komunikasi dalam permainan, kami meminta bahawa anda menghormati orang lain. Ini juga termasuk bahasa yang digunakan dalam nama dan penggambaran pasukan anda (sama ada ia adalah satu Klan, Pasukan Petugas atau Kejiranan).

Berikut adalah beberapa perkara yang kami anggap tidak sesuai:

  1. Kata-kata benci, perkauman dan bahasa diskriminasi yang lain
  2. Gurau senda lucah atau seks yang eksplisit
  3. Ancaman atau gangguan
  4. Sumpahan berlebihan
  5. Pembulian

Laporkan! Jika anda bertemu dengan pemain lain yang berkelakuan kesat terhadap diri anda atau orang lain, sila maklumkan kepada kami dengan menggunakan butang laporan dalam ruang bual. Laporan akan disemak oleh moderator kami yang terlatih yang akan mengambil tindakan sewajarnya.

Akibat salah laku: Berkelakuan kesat boleh mengakibatkan penutupan akaun permainan sementara dan juga secara kekal. Membuat laporan palsu boleh dikenakan tindakan yang sama.

JANGAN JADI PENIPU!

PENGGUNAAN PERISIAN PIHAK KETIGA

Perisian pihak ketiga terdiri daripada aplikasi yang tidak diluluskan yang memanipulasi permainan. Dengan mengubah fungsi permainan, perisian pihak ketiga bertujuan untuk memberi kelebihan yang tidak adil dan pada masa yang sama mendedahkan akaun dan privasi anda kepada risiko.

Perisian pihak ketiga termasuk:

  1. Penggodaman, "mod", atau program yang mengubah fungsi permainan dengan tidak wajar
  2. "Bot", atau perkhidmatan atau skrip automasi permainan
  3. Sebarang program lain yang bertujuan untuk mengubah suai atau memberikan kemajuan yang belum diperolehi

Akibat salah laku: Cuba untuk mendapatkan kelebihan yang tidak adil dengan menggunakan perisian pihak ketiga yang dilarang akan menyebabkan sekatan secara kekal untuk sebarang akaun yang bersalah.

BIARKAN GOBLIN YANG MELAKUKAN PENCURIAN!

PENJUALAN PERMATA TANPA KEBENARAN

Laman web dan individu tertentu mungkin menawarkan diskaun permata/berlian. Jangan tertipu - ia satu komplot.

Penjualan ini akan meminta data peribadi log masuk (seperti ID Apple, perakuan Google Play, dan lain-lain) untuk mengakses akaun permainan anda. AMARAN: Vendor ini akan mendapat akses kepada akaun anda dan sering kali, merampas akaun dan cuba menjualnya kepada pemain lain.

PENTING: Jika anda memberikan maklumat peribadi/perakuan anda kepada pihak ketiga, anda meletakkan permainan anda dan keselamatan kewangan/dalam talian dalam keadaan berisiko tinggi.

Akibat salah laku: Membeli permata atau berlian daripada vendor pihak ketiga boleh menyebabkan mata wang dalam aplikasi dibatalkan dan juga boleh menyebabkan akaun anda disekat secara kekal.

HANYA SATU AKAUN!

MEMBELI, MENJUAL DAN BERKONGSI AKAUN PERMAINAN

Menjual, membeli, berkongsi atau memberi akaun permainan kepada pemain lain adalah bertentangan dengan syarat perkhidmatan kami dan tidak disahkan oleh Supercell.

Jualan akaun melibatkan pengiklanan akaun permainan yang canggih, dan menarik perhatian pemain yang ingin sangat untuk maju dengan janji yang menggiurkan dan tidak realistik.

Risiko jualan akaun ialah:

  1. Penjual mungkin mengambil wang anda dan tidak memberi anda akaunnya
  2. Anda tidak boleh pastikan bahawa penjual tidak akan terus menggunakan akaunnya
  3. Mereka mungkin menjual akaun yang sama kepada beberapa orang
  4. Status akaun tidak diketahui; ia mungkin sudah bersedia untuk disekat secara kekal
  5. Akaun tidak akan selamat; Supercell tidak boleh memberi sokongan kepada akaun yang dikompromi
  6. Jika anda memilih untuk membelanjakan wang pada akaun tersebut, ia masih dalam bahaya untuk penutupan kekal akibat pelanggaran syarat perkhidmatan

Bantu menghentikan amalan jahat ini dengan menolak untuk menjual akaun anda, dan melaporkan mereka yang melakukannya!

Akibat salah laku: Kami tidak dapat menjamin keselamatan sebarang akaun yang diperolehi daripada pemain yang lain; kami berhak untuk menyekat secara kekal sebarang akaun yang telah ditukar antara pemain.

KELAKUAN LAIN YANG TIDAK BOLEH DITERIMA

  1. Penyamaran menjadi kakitangan Supercell
  2. Memancing data akaun pemain lain
  3. Penyalahgunaan bayaran balik
  4. Sengaja mengeksploitasi pepijat
  5. Menggalakkan pemain lain untuk melanggar peraturan
  6. Meminta atau menyediakan maklumat hubungan peribadi
  7. Penyalahgunaan ruang bual dalam permainan untuk pengiklanan, penspaman & penipuan

Peraturan polisi permainan yang selamat dan adil (Tatakelakuan) digunakan pada semua permainan Supercell - Boom Beach, Clash of Clans, Clash Royale, Hay Day dan Brawl Stars.