YouTube Rewards (Ganjaran YouTube)

Anda berpeluang memenangi GANJARAN DALAM PERMAINAN dengan menonton strim langsung terpilih YouTuber kegemaran anda dan Supercell dengan YouTube Rewards!

Begini caranya:

1. Sambung ke Supercell ID

Pertama, anda perlu menyambung akaun permainan anda ke Supercell ID dalam Tetapan permainan. Sudah ada Supercell ID? Bagus! Teruskan!

2. Ketik ‘Dapatkan Rewards’

Sebaik sahaja anda mempunyai Supercell ID yang disambungkan dalam permainan, pergi ke strim langsung yang mendayakan Rewards dan ketik ‘Dapatkan Rewards’ yang terdapat di bawah video.

Ikut arahan dan sambungkan Supercell ID anda ke akaun YouTube anda. Sila ambil perhatian bahawa anda perlu melog masuk ke akaun YouTube anda untuk mengaktifkan Rewards. Maklumat tertentu dikongsi antara Supercell dan YouTube apabila anda menyambungkan akaun dan menonton strim. Supercell boleh mengakses maklumat mengenai kandungan berkaitan Supercell yang anda tonton di YouTube apabila ikon akaun disambungkan ditunjukkan. Kami perlu juga memberikan ID tersuai anda kepada YouTube.

Semuanya sudah bersiap sedia apabila anda nampak ikon 'Disambungkan' di bawah video strim langsung.

Anda boleh menyahsambung Supercell ID anda daripada akaun YouTube dengan pergi ke halaman tontonan mana-mana strim langsung yang layak untuk Rewards. Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda menyahsambung akaun anda, anda tidak akan lagi layak untuk Rewards.

3. Tonton strim dan anda berpeluang memenangi ganjaran!

Itu saja! Sekarang, relaks dan tonton strim langsung yang telah mendayakan Rewards. Kami mungkin memberi ganjaran dalam permainan kepada semua penonton strim untuk satu masa tertentu atau memilih penonton secara rawak untuk memenangi ganjaran. Walau bagaimanapun, Rewards hanya tersedia kepada penonton yang telah memautkan akaun mereka dan menonton strim yang layak.

Ikuti permainan Supercell di YouTube, Twitter, Facebook dan Instagram untuk melihat strim langsung yang mendayakan Rewards! Dalam kebanyakan kes, kriteria untuk mendapatkan ganjaran akan diumumkan di blog kami atau sehubungan dengan strim yang dibincangkan.

4. Semak dan kumpul ganjaran anda kemudian dalam permainan!

Jangan cemas jika anda tidak nampak ganjaran dalam permainan serta-merta. Ganjaran akan dihantar ke akaun permainan anda jika anda telah menang atau berhak mendapat ganjaran. Ganjaran mungkin mengambil masa sehari untuk muncul. Penstrim juga mungkin mengumumkan beberapa ganjaran semasa strim langsung.

Penafian / Maklumat Penting:

*Untuk layak mendapat Rewards, tonton strim langsung yang mendayakan Rewards di salah satu saluran YouTube pencipta terpilih kami di aplikasi YouTube iOS/Android atau youtube.com versi desktop dan sambungkan Supercell ID anda ke YouTube dan permainan Supercell yang berkaitan.

*Maklumat lebih terperinci berkaitan setiap strim dan ganjaran yang mungkin tersedia termasuk peraturan, tempoh penyertaan, ganjaran, kriteria kelayakan dan perkara sedemikian yang lain akan ditentukan oleh Supercell dan dimaklumkan kepada semua peserta dalam blog atau tidak.

*Penyertaan dan menonton strim yang layak adalah percuma. Anda hanya perlu menonton strim langsung terpilih di YouTube dengan peranti anda dan menyambungkan Supercell ID ke Youtube. Supercell ID anda hanya boleh dipautkan dengan salah satu akaun YouTube anda. Sila ambil perhatian bahawa anda perlu menonton strim langsung pada tempoh masa yang diberikan agar layak mendapat Rewards.

*Pemenang atau penerima ganjaran yang lain akan ditentukan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Supercell atau penstrim. Supercell akan mengesahkan pemenang atau penerima ganjaran yang lain. Keputusan Supercell adalah muktamad dan terikat. Supercell akan meletakkan ganjaran terus ke akaun permainan yang menyambungkan ke Supercell ID dan memaparkan pemberitahuan dalam permainan. Tiada notis lain diberikan oleh Supercell.

*Supercell boleh membatalkan atau menggantung mana-mana strim atau kempen Rewards yang berkaitan atau mengubah peraturan jika perlu, contohnya disebabkan masalah teknikal, penipuan atau sebab sedemikian lain yang tidak dikawal oleh Supercell. Supercell juga boleh membatalkan kelayakan mana-mana peserta yang melanggar arahan, peraturan atau dasar berkaitan Supercell atau bertindak dengan cara yang tidak sesuai atau bersifat mengganggu.

* Semua ganjaran adalah peribadi dan tidak boleh dipindah milik dan tiada penggantian ganjaran akan tersedia (kecuali Supercell berhak untuk menggantikan ganjaran yang sama nilai atau lebih besar untuk mana-mana ganjaran). Setiap pemenang atau penerima ganjaran bertanggungjawab atas semua cukai, kastam dan yuran awam lain yang berkaitan dengan resit dan/atau penggunaan ganjaran.

*Seperti semua permainan Supercell, anda perlu berumur 13 tahun atau ke atas untuk menyertai Rewards. Sekiranya anda berumur antara 13 dan 17 tahun, penjaga sah anda perlu menyemak dan bersetuju dengan penyertaan anda dalam Rewards.

*Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai arahan ini atau mana-mana perkara yang berkaitan dengan YouTube Rewards, sila terus menghubungi kami melalui laman Sokongan Pemain kami.

*Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi dan dasar Supercell lain yang mengawal penggunaan anda terhadap permainan Supercell termasuk juga penyertaan anda dalam Rewards. Sila ambil perhatian bahawa YouTube beroperasi mengikut terma dan dasarnya sendiri yang mengenakan pada penggunaan YouTube anda, termasuk memproses maklumat anda. Lihat bantuan YouTube untuk maklumat lanjut.