Supercell ID

Pastikan permainan Supercell anda selamat dan disambungkan.

Penciptaan Supercell ID adalah percuma dan mudah. Pergi ke tetapan permainan anda dan ketik butang di bawah ”Supercell ID” untuk bermula.

Lindungi Permainan Anda

Sama ada anda kembali ke permainan selepas suatu tempoh masa atau memasang semula pada peranti baharu, Supercell ID akan sentiasa membawa anda kembali ke tempat anda berhenti. Supercell ID juga membolehkan anda mengakses ke permainan pada semua peranti mudah alih anda termasuk tablet.

Sambungkan Permainan Supercell Anda

Kami memudahkan anda menyambungkan semua permainan Supercell kepada satu Supercell ID. Mulakan dengan mencipta Supercell ID dalam satu permainan dan kemudian sambungkan yang lain. Mudah, bukan?

Tukar Antara Berbilang Akaun Supercell ID Dengan Mudah

Supercell ID memudahkan anda menukar antara berbilang akaun permainan yang sama pada satu peranti. Paling bagus untuk berkongsi keseronokan bersama pemain lain atau memberi diri anda satu permulaan yang baharu.

FAQ

Mencari Soalan Lazim Supercell ID? Cari Soalan Lazim untuk permainan anda di bawah:

For Parents

Para Ibu bapa, adakah anda mencari sesuatu yang tidak ditemui di halaman ini? Lihat Panduan Ibu Bapa kami untuk maklumat lebih terperinci yang mungkin dapat memenuhi keperluan anda.