
Penyelarasan Harga Global untuk Hay Day
Kami percaya Hay Day seharusnya menyeronokkan dan mudah diakses oleh pemain di seluruh dunia. Kepercayaan ini mendorong kami untuk memperkenalkan harga global di beberapa kawasan terpilih, bagi menyelaraskan harga permainan dengan kos barang dan perkhidmatan tempatan.
Pelancaran awal ini menerima maklum balas yang positif dan kini kami akan meluaskan pelaksanaan harga global ini ke lebih daripada 100 negara merangkumi Amerika Latih, Afrika, Asia Tenggara dan Asia Tengah. Ini bermakna harga pembelian dalam aplikasi dan Supercell Store untuk Hay Day kini akan lebih selaras dengan harga pasaran tempatan.
Untuk memastikan keadilan, pemberian hadiah Pas Ladang melalui Supercell Store tidak akan tersedia di kawasan dengan harga lebih rendah hingga ke harga lebih tinggi. Ini akan membantu kami mengekalkan keseimbangan dan terus menawarkan ciri pemberian hadiah yang anda sukai!
Kami akan terus menyemak hadiah dari semasa ke semasa untuk memastikan ia kekal adil untuk pasaran yang berbeza.
Harga global bertujuan membantu lebih pemain menikmati Hay Day untuk musim-musim yang akan datang.