Supercell logo

ID Pemain

ID Pemain

ID pemain membolehkan anda menambah pemain lain sebagai rakan dengan mudah. Pada tahun 2024, ID Pemain anda akan menjadi ID yang lebih mudah diingati. Bagus, kan? Selain itu, ID akan dikongsi di semua permainan yang disambungkan kepada Supercell ID anda.

Jangan risau, anda boleh mengekalkan nama anda dalam permainan. Kami cuma akan menjadikan ID pemain lebih serupa dengan nama anda dalam permainan.

Contohnya:

Jika nama dalam permainan ialah Barbarian, ID pemain unik anda boleh jadi SolidBarbarian.

Contoh daripada Squad Busters

Anda boleh menambah rakan anda dalam permainan menggunakan ID pemain mereka dengan sokongan ID pemain.

Contoh daripada Squad Busters

Bilakah ID Pemain akan tersedia?

Anda boleh menuntut ID Pemain tersuai dalam bahagian Supercell ID di Supercell.com sekarang. Jadi, jika anda sudah ada idea untuk ID anda, dapatkannya sekarang!

Kami merancang untuk membawa ID pemain ke semua permainan Supercell dalam masa terdekat!

Perhatian!

ID pemain akan disemak dan tidak boleh mengandungi unsur politik atau menyinggung perasaan serta tidak boleh mengandungi maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti, kata-kata benci atau membuli. Anda boleh melaporkan ID Pemain yang melanggar dasar kandungan kami. ID Pemain yang dianggap tidak sesuai akan diset semula kepada ID yang dijana secara automatik.

Menuntut ID Pemain dalam permainan

Jika anda ingin menuntut ID Pemain tersuai dan bukannya menggunakan ID yang kami sediakan, anda boleh melakukannya dalam permainan dengan:

  1. membuka permainan anda
  2. membuka menu Supercell ID
  3. memilih pilihan Tetapan
  4. mengetik ‘Tukar’ dalam bahagian ID Pemain
Contoh daripada Squad Busters

Cuma pastikan tiada pemain lain yang memilih ID Pemain yang sama dengan anda. Selepas anda menukar ID Pemain anda, ID itu tidak boleh ditukar lagi, jadi pastikan anda memilih ID yang sesuai untuk anda!