Garis Panduan Kejohanan Supercell

Disemak: 22 November, 2018

Mahu mengacara kejohanan anda sendiri melibatkan permainan Supercell? Sama ada anda kumpulan kecil peminat atau sebuah syarikat yang menganjurkan kejohanan, kami sedia membantu! Matlamat kami adalah untuk membuat kejohanan adil, seronok dan tiada kerisauan untuk semua orang; kami telah membuat Garis Panduan Kejohanan untuk membuatkannya mudah difahami!

PERATURAN UMUM UNTUK SEMUA PERTANDINGAN DAN ACARA.

  1. Yuran kejohanan mestilah percuma untuk semua pemain—tiada pengecualian! Ini termasuk yuran keahlian atau pas bermusim. Jika anda menganjurkan acara langsung, anda hanya boleh mengenakan yuran masuk penonton untuk memasuki tempat pertandingan dan bukan untuk menyertai pertandingan. Anda perlu pulangkan yuran penonton kepada yang memilih untuk bertanding.
  2. Anda bertanggungjawab memberikan semua hadiah untuk acara anda. Anda tidak boleh minta pemain membiayai hadiah. Nilai gabungan maksimum kesemua hadiah yang ditawarkan boleh mencecah EUR 50,000. Jika mahukan lebih banyak lagi, hubungi kami.
  3. Supercell bertanggungjawab bagi permainannya tetapi, penganjur bertanggungjawab bagi acara mereka. Anda tidak boleh menyatakan suatu acara itu "rasmi" atau menyatakan Supercell terlibat, bertanggungjawab atau menyokong acara atau sebarang hadiah yang diberikan.
  4. Sebagai penganjur, pastikan acara anda sah mengikut undang-undang dan peraturan tempatan.
  5. Acara anda tidak boleh melibatkan perjudian, rintis, atau taruhan sukan fantasi.
  6. Untuk menganjur atau bermain dalam acara, anda mesti cukup umur untuk bersaing atau menganjur serta mengikut peraturan & keperluan tempatan – ini undang-undang! Peserta juga mesti berumur sekurang-kurangnya 13 tahun untuk menyertai acara, dengan kebenaran bertulis atau secara peribadi dari ibu bapa atau penjaga sah jika belum mencapai umur layak, untuk acara dengan hadiah tunai.
  7. Pertandingan sepatutnya menyeronokkan dan mengalakkan penglibatan; pemenang mesti ditentukan berdasarkan kemahiran. Apa jua pemadanan perlawanan dan aktiviti tidak jujur yang sama adalah dilarang!

PENJENAMAAN, PENAJAAN DAN PUBLISITI.

  1. Anda boleh gunakan seni kejohanan/acara yang kami beri, tetapi anda tidak boleh mengubahnya. Logo permainan hanya boleh digunakan dengan kebenaran bertulis Supercell.  Logo Supercell tidak boleh digunakan.
  2. Anda boleh rakam atau strim kejohanan atau acara pada sebarang platform dalam talian. Anda, atau platform yang anda pilih, tidak boleh mengenakan bayaran kepada penonton yang menonton atau menstrim  acara anda.
  3. Kejohanan atau acara anda boleh ditaja oleh pihak ketiga, tetapi anda tidak boleh mencipta tanggapan bahawa Supercell mencipta, menaja, atau mengesahkan (a) acara atau (b) penaja pihak ketiga anda, produk atau perkhidmatan mereka. Anda juga tidak boleh mempromosi kejohanan atau acara anda menggunakan bahan yang sama dengan logo Supercell, cop dagangan atau unsur produk dan perkhidmatan Supercell yang lain.
  4. Tiada apa-apa yang berkaitan dengan kejohanan atau acara anda boleh mengandungi atau mempromosikan kandungan yang mengelirukan, palsu, menipu, menyalahi undang-undang, lucah, fitnah, mengancam, mengganggu atau tidak menyenangkan atau bercanggah dengan kepentingan Supercell.
  5. Kejohanan atau acara tidak boleh mempromosi syarikat permainan lain, penerbit atau platform permainan, alkohol, rokok, dadah, pronografi, senjata, pertaruhan atau perjudian, atau mana-mana syarikat, produk atau perkhidmatan berkaitan dengan yang di atas.
  6. Anda tidak boleh mendaftar tanda dagangan, nama domain, hak cipta, akaun media sosial atau alamat berkaitan untuk kejohanan atau acara anda termasuk atau serupa dengan tanda dagangan Supercell (seperti SUPERCELL, CLASH ROYALE, LIGA CLASH ROYALE, CLASH OF CLANS, HAY DAY, BOOM BEACH atau BRAWL STARS) atau aset Supercell yang lain, tanpa perjanjian bertulis yang berasingan dengan Supercell.
  7. Supercell boleh mempromosikan kejohanan atau acara anda, atau menggunakan kejohanan atau acara anda untuk melayakkan pemain untuk acara kejohanan dan aktiviti pemasaran rasmi Supercell.

PERKARA PENTING LAIN UNTUK DIINGATI.

  1. Pemain CRL (Liga Clash Royale), khususnya pemain-pemain yang telah ditandatangani untuk bermain bagi suatu pasukan CRL dalam satu musim, tidak boleh mengambil bahagian dalam acara bukan CRL ketika musim CRL, seperti yang ditakrifkan oleh Supercell, tanpa kebenaran bertulis kami. Perkara yang sama untuk permainan lain; mana-mana pemain yang telah didaftarkan untuk bermain dalam liga yang dianjur dan dikendalikan oleh Supercell untuk permainan Supercell yang lain, tidak boleh menyertai acara bukan liga semasa musim berlangsung, seperti yang ditakrifkan Supercell, tanpa kebenaran bertulis kami.
  2. Demi memberikan pengalaman permainan seperti yang direka, sila jangan guna sebarang pelagak, mod, bot atau perisian serupa lain behubung dengan kejohanan atau acara anda. Peranti mudah alih perlu digunakan; khususnya untuk menstrim/tangkapan, kami mencadangkan penggunaan tablet kerana beresolusi tinggi.
  3. Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi dan Dasar Kandungan Peminat Supercell dikenakan kepada semua kejohanan dan acara. Supercell berhak mengambil tindakan mengikut kesesuaian, termasuk membatalkan hak untuk menjalankan kejohanan atau acara yang diberikan pada bila-bila masa.
  4. Kami mahukan kejohanan dan acara yang adil dan menyeronokkan.  Kami akan mengambil tindakan sewajarnya, termasuk menggantung atau membatalkan kejohanan dan acara jika perlu.
  5. Jika kejohanan atau acara anda memenuhi Garis Panduan Kejohanan ini, anda tidak memerlukan lesen atau kebenaran lain daripada Supercell. Jika tidak, sila hubungi kami di tournaments@supercell.com untuk melihat sama ada kita boleh bekerjasama.
  6. Selain syarat-syarat ini, anda boleh mengadakan kejohanan atau acara mengikut suka keutamaan anda! Format, peraturan dan hadiah pertandingan adalah terserah kepada anda, asalkan ia memenuhi Garis Panduan Kejohanan.

Ada soalan? Hubungi kami di tournaments@supercell.com.
Terima kasih dan berseronoklah!

Sila ambil perhatian bahawa Garis Panduan Pertandingan ini sentiasa berubah; ia mungkin dipinda pada bila-bila masa melalui penyiaran dalam talian, jadi sila semak semula di sini untuk kemas kini!